Assalamualaikum.
Ini adalah entry pasal tandas.
Sangat marah sbb baru balik dari tandas tadi. Apa yang buat saya marah sangat sbb adalah pengguna yang sgt pembersih..nak jaga bontot sangat. Boleh ke di tepeknya toilet paper tu atas mangkuk tandas..bajet bontot ko suci sangat la sampai nak alas2 bagai. Tak kisah kot ko nak buat apa dalam tu..nak bentang carpet pon bole..tapi jgn la lepas urusan, ko blah jer..tinggal la alas-alas suci ko kat situ. Adoi mereng agaknya. Mungkin ko terlupa tapi kesian kot kat cleaner yang nak cuci toilet tu.
Satu lagi yang buat aku marah bila nampak bekas tapak kasut atas mangkuk tandas. Marah betul..sila cangkung di tempat sepatutnya kalau takut punggung tu digigit kuman. Kalaulah terjatuh mau haru satu opis tau..malu jer jatuh sbb sebuk sgt nak mencangkung atas tu. Ada jer orang nak guna toilet duduk tu
Lepas tu cuba jgn buat perangai mcm budak2..selamba je ko buang pad ko tu..tak basuh tu ko punya pasal..tapi lipat elok2 kot..cover line sket..geli la bila terserempak dgn pad terkangkang mcm tu. Takkan ni pon lupa jugak! Haru..masa sekolah dulu selalu ada benda ni kat toilet..tapi terkejut bila jumpa kat toilet opis..mmg tak bole terima la
Satu lagi yang buat aku angin bila guna toilet awam ni..bila jumpa toilet yang jenis paip die kat mangkuk tandas..bajet bukak paip terus kena bahagian sepatutnya..tapi pernah experience..bukak paip tapi kelajuan air tu tak sampai pon..adoi keji tau!..Kalau nak design cam tu design la betul2 kan
Amboi..banyak betul luahan pasal toilet..
Kesimpulannya aku ni baru jer terima permohonan untuk adakan taklimat pasal penggunaan tandas secara berhemah..tu dia sampai kena buat taklimat khas nak educate orang cara guna toilet..sampai camtu sekali la!
Macam lawak pulak nak buat hebahan..Jemputan Ke Sesi Taklimat Penggunaan Tandas Secara Berhemah..mari datang beramai-ramai kasi cuci otak tu sket!
okbai!