Assalamualaikum,
Tetiba skema bagi salam..mcm pelik pulak lama tak berblog katanya..mmg lama..alasan adalah malas. Dulu niatnya berblog ni sebab nak update perkembangan auni untuk tatapan bersama di masa hadapan..kalau gini la gamaknya..bole kecik hati auni..tkdepon mama update selalu..jarang-jarang adalah!.
Untuk Auni Zahra..cikebom..cikebom mama!
Mama update ni sempena birthday Auni..tu pun dah beberapa hari lepas..sori la cikebom!
Happy Birthday Sayang..sayang kamu sangat..sangat..sangat sampai sayang kamu lebih dari mama sayang papa..dua-dua mama sayang..cuma auni mama sayang lebeh..bolehh..haha..secretly(papa bukan baca pon blog mama ni)
Wahai cikebom mama Auni Zahra..Selamat hari lahir yang kedua..MasyaAllah cepatnya masa berlalu..kejap je kamu dah besar.
Dua tahun mama breastfeed awak tau..walaupun tk exclusive..tp mama dah cuba untuk beri yang terbaik..syukur.
Sepanjang dua tahun ni awak sangat membahagiakan mama..semoga terus membahagiakan mama dan papa yer sayang.
Masa mama tulis update ni..auni baru seminggu wean off susu mama..sayu je mama rasa.
Dulu ms plan nak wean off macam fikir macam mana caranya ka..ada suruh letak asam..(kecutla nenen mama)..letak warna merah, biar nampak macam darah..letak kopi..ewah2 siap kena letak perisa pulak!..tapi auni anak yang baik dan bijak. Kita tak lalui pon teknik2 kejam itu..its just happen naturally..Thank u Allah..Auni kan penyusu tegar..sanggup takmo guna botol..sbb nak melekat kat booboo mama jer..risau jugak mama bila nak wean off kan..tapi kamu mmg sgt comel..setelah hampir semua susu di pasaran mama cuba..akhirnya auni nak jugak susu dugro fruit and vege..sedap susu auni..wangi jer..wangi mcm booboo mama tak?..haha..Teacher Auni bg tau auni start minum 1oz-2oz je..aduh ..dah mcm baby umur sebulan la awak ni auni..lepas sebulan awak start minum 3-4oz satu session..3 kali sehari..jadi lah nak..
Tapi kan..setiap hari mama bagitau sebelum tido..mama susukan auni sampai dua tahun je tau..lepas ni auni kena minum susu moomoo pulak..setiap hari mama bagi tau auni big girl tak bole booboo lagi..lepas tu mesti auni cakap tak bole mama?..byk soal kamu ni anak..lepas tu terus kamu merengek..mama nak booboo..mama bagi jugak..tapi itulah rutin mama lebih kurang sebulan..setiap hari mama ingatkan auni..risau sangat mama nak putus susu.
Sekarang ni kamu dah bole minum susu formula..mama upgrade sket bagi susu mamil..Alhamdulillah kamu suka..bila mama offer booboo jer mesti auni ckp..dah abes mama..tak ade!..cuma yg sayunyer setiap kali nak tido mesti auni request nak kiss booboo..kadang2 booboo papa..
Alhamdulillah Auni membesar dgn susu mama..proses menyusukan ni mmg byk cabaran..tapi Alhamdulillah kita berjaya lalui..cuma sedikit mama terkilan masa mama preggy adik auni..ramai yang suruh mama stop breastfeeding auni..tak elok untuk.. baby dalam perut..dan kebetulan mmg takde rezeki..mama keguguran..dan adelah orang ckp tulah dah pesan mana bole menyusu anak masa preggy..baby dalam perut tak besar nanti...Ya Allah..kita semua redha bila adik pergi kan..sayu jer guna perkataan adik kan..tapi mama tak pernah menyesal menyusukan auni masa tu..mcm mana nak putus susu serta merta..dah la auni mmg tak mau susu formula..takpela kalau adik tak mau besar..die nak kakak besar dulu..takpe..perancangan Allah adalah yg terbaik untuk kita semua..InsyaAllah adalah rezeki kita nanti kan..
Sayang mama,
Umur 10 bulan kamu dah berjalan..umur setahun 8 bulan kamu dah bercakap sikit2..umur dua tahun Masyaallah riuh dah mulut kamu..dah bole bersembang..dah pandai mengadu..dah pandai sound mama..bila mama tinggi suara sket..auni mesti cakap 'amboiii mama..no.no!'..lepas tu sangat protective..semua brg die.kalau ade orang pegang mesti auni ckp 'tak bole..auni punyer'..kalau barang mama..mesti auni cakap..'tak bole mama punyer'..auni..auni
Tahun ni Auni dah pandai nyanyi birthday song untuk diri sendiri..ok lah cikebom..panjang lebar dah ni..
Mama nak wish awak Happy 2nd Birthday sayang...semoga kamu diberi pelindungan..kesihatan yang berpanjangan..dimurahkan rezeki..dijauhkan daripada bahaya..semoga kamu menjadi anak yg sihat sempurna..cerdik berakal..berilmu dan beramal soleh..semoga kamu sentiasa berbahagia dan membahagiakan..mama sayang kamu sangat-sangat..peluk kamu ketat-ketat!
during birthday eve 18 Julai 2012
celebrate kat rumah tok ayah dah rumah tok mama@ johor
Hadiah birthday dari mama and papa!
Birthday cake Auni!
Sedikit gambar masa Birthday Auni yang pertama!