my happiness

my happiness
i just love them more than i love myself!
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, April 22, 2011

Ganjaran Allah Buat Orang Yang Sabar!

Mendengar khabar gembira di hari Jumaat yang indah..Alhamdulillah..

Tahniah buat adik ipar Jusmaliza Emielia yang telah berjaya mendapat tawaran kerja di KL..mungkin ia kedengaran biasa-biasa sahaja.  Tapi bagi kami sekeluarga berita ni sangat la best!..Setelah hampir 3 tahun hidup berjauhan dengan suami akhirnya dapat jugak kembali dan yang paling indah adalah dapat bekerja satu ofis pulak dengan suami..

Sebenarnya kami sekeluarga kecian sgt kat my SIL sebab sejak lepas kahwin terus duk berjauhan.  Dulu BIL duk kerja kat paris dekat setahun kot..SIL pulak duk bekerja kat JB..masa tu die mengandung dan keguguran..sedih sangat kerana die terpaksa melalui saat-saat tu sorang-sorang kat JB..Nasib baikla BIL dapat pulang ke Malaysia masa SIL admitted kat JB.

Bila BIL dah balik sini..my SIL still keja kat JB..jadi weekend couple jer..tak lama lepas tu anak buah ku lahir..ibu and papa still duk berasingan..tapi memang my SIL sangat tabah orangnya..weekend berulang ke KL drive sorang dari JB bersama my lil Ariessa..tak dapat nak membayangkan sekiranya aku perlu berada di tempat dia..tak sanggup!

Bertemu suami pada hujung minggu sahaja adalah perkara yang sangat sukar bagi aku..apatah lagi ada si kecil yang sentiasa rindukan papanya..Tapi Allah sentiasa permudahkan segalanya..Ariessa anak yang bijak dan tak banyak ragamnya..bijak tak mau susahkan ibu..My SIL mampu drive ke KL dan Ariessa hanya tidur di sebelah..she such a good girl..

Yang paling kecian adalah apabila my SIL balik sini mesti dia akan berat hati semula nak balik JB..mesti amik cuti tambahan..jauh tu KL-Jb plus sorang plus ada baby kat sebelah..sampai terfikir nak berhenti la..tapi rezeki Allah tu tak siapa yang tahu..dalam sibuk berkira2 untuk berhenti terus dapat panggilan temuduga dan terus dapat offer tu..dan yang paling best dapat satu ofis dengan husband dan yang bertambah best sbb beberapa kawan ofis die pun dapat offer yang sama..

Indahkan..kalau dulu hujung minggu jer dapat naik kereta bersama..lepas ni hari-hari pergi kerja bersama..berkat sabar Jus dan Irfan akhirnya Allah berikan ganjaran yang terindah..kami sekeluarga sangat bersyukur di atas nikmat ni..dapatla mereka settle down di sini..dan yang paling penting my lil Ariessa dapat membesar di samping ibu dan papa setiap hari..genap-genap ariessa setahun..hadiah terbaik kan!

Sebagai kakak dan mama long Ariessa aku akan sentiasa mendoakan agar kebahagian sentiasa bersama mereka..semoga berbahagia melayari kehidupan berumah tangga yang sebenar..kalau masak jgn lupa hantar rumah yer..!
 


welcome home ibu and my dear Ariessa Sufeeya!

No comments:

Post a Comment