my happiness

my happiness
i just love them more than i love myself!
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu..


Walaupun hari ibu telah berlalu 2 hari yg lalu..rasanya masih belum terlewat untuk untuk aku mencoretkan di sini..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan ibu dan ibu mertua yang sangat hebat..tiada sebarang kata yang dapat menggambarkan betapa tingginya pengorbanan dan kasih sayang ibu..bila melihat mama kalut menjaga rayyan di rumah..terdetik rasa terharu dan simpati..terasa seperti melihat sendiri cara mama menjaga dan membesarkan kami adik beradik..mama turun 3 kilo sepanjang menjaga cucu pertamanya..tapi mama selalu cakap mmg penat jaga baby ni..tapi bile tgk baby tido rase sayu jer..bile tgk baby gelak hilang semua penat..bila adik bagitau nak hantar rayyan ke nurseri bulan depan..mama sedih pulak..begitu kuat kasih sayang mama pada rayyan..aku percaya mcm tu juga kasih sayang mama pada kami berdua..

Ibu mertuaku pulak mmg cool sgt..cepat jer risau kalau ade apa2 kat anak dan menantu..kekadang terasa dilayan mcm budak kecik jer..tapi itulah kasih sayang ibu..besar mana pun anak tetap ditatang mcm baby..mmg mak sgt amik berat kat anak n menantu..igt masa hubby sakit..kami balik rumah mak sbb hubby demam panas sgt..mak la yang menjaga sampai tgh malam sbb masa tu aku panik dan sedih tgk hubby sakit..mak yg sibuk call sana sini minta air penawar..masa aku preggy ni..awal2 tu selalu mc sbb tak larat..kalau mak tau kejap je dah sampai kat rumah..risau betul die..sekarang ni mak tgh menjaga adik ipar yg sedang menunggu hari utk bersalin..kesian kat adik ipar kerana mamanya sakit skrg..walaupun pada saat2 ini kita mmg megharapkan ibu sendiri ade di sisi..tapi aku percya yang ibu mertuaku akan menjaga adik ipar dgn baik..

Doaku agar mama, mak n mama jus dilimpahi kesihatan yg baik..diberkati dan dipermudahkan setiap urusannya..dipanjangkan umur untuk melihat kami membesarkan anak2 kami..dan dilimpahi semua yang terbaik sehingga ke akhir hayat..

Buat ibu2 muda yang sentiasa nenjadi idola..ibu rayyan..mummy sara..mummy allysha..mama idraki..mama rozana..mama adani..mummy rania..mama aisya..mama azriq..mummy adam..mama zarif n ashraf and ummi mikail..kamu semua sgt hebat!

3 comments: